Friday, 8 May 2015

Let's talk about Cinta Sejatiku by Azzam Sham!

Penyanyi Azzam Sham

Siapa Azzam Sham? Jom baca Profil Azzam Sham, KLIK SINI

Bakat Azzam Sham dalam bidang nyanyian telah menarik minat komposer dan penerbit Hadi Rumnan untuk menerbitkan single pertama beliau. Lagu tersebut juga mendapat sentuhan lirik daripada penulis lirik yang memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 29 melalui lagu Di Pintu Syurga iaitu Iman Imran yang berjudul ‘Cinta Sejatiku’. Proses rakaman lagu tersebut dijalankan di Studio 57 Sdn Bhd Selangor dan proses rakaman vokal di ArtSound Studio, Jakarta Indonesia. Sebagai penerbit, Hadi Rumnan berharap lagu ini dapat menarik hati pendengar muzik tanah air kerana muzik dan liriknya yang ringkas dan mudah untuk difahami dan diingati. Lagu tersebut juga akan dilancarkan di Indonesia atas kerjasama komposer lagu tersebut, Hadi Rumnan dengan syarikat rakaman di Indonesia.


Berikut adalah disebalik tabir pembikinan MV Cinta Sejatiku di Jakarta, Indonesia :


Lagu Cinta Sejatiku ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peminat terutamanya dalam kalangan remaja seusianya. Hal ini dibuktikan melalui fenomena dimana Laman Twitter Bestfm dibanjiri dengan tweet rekues lagu Cinta Sejatiku oleh para peminat Azzam Sham. KLIK SINI . Setakat ini lagu Cinta Sejatiku telah berjaya diputarkan di  dua buah stesen radio iaitu Bestfm dan Hotfm. Rekues lagu boleh dibuat dimana mana stesen radio di twitter seperti Erafm, Suriafm, THR Gegar, Mutiarafm, Ultranisme, im4ufm, PiMaifm dan lain2.

Azzam pernah dijemput ke konti Hotfm Zon bersama Ikhwan dan baru-baru ini beliau tampil dalam beberapa rancangan TV iaitu “Wanita Hari Ini” dan “HipTV” bagi mempromosikan lagu Cinta Sejatiku. Beliau juga muncul dalam kebanyakan halaman keratan akhbar tempatan dan majalah sejak belakangan ini. Vokal Azzam yang mantap dan suaranya yang merdu memang tidak dapat disangkal lagi. Lagu Cinta Sejatiku ini saban hari semakin mendapat tempat dihati peminat.

Azzam Sham bersama Ikhwan Hotfm

Azzam Sham di Wanita Hari Ini

Azzam Sham di HipTV
Majalah URTV

Akhbar Metro Ahad

Akhbar Mingguan Malaysia

Akhbar Harian Metro

Beliau juga telah mengadakan pelbagai peraduan untuk peminat-peminatnya. Para pemenang akan diberikan baju yang tertulis “Azzam Sham Cinta Sejatiku” secara percuma. Mereka juga tidak melepaskan peluang dan bersaing untuk memiliki hadiah yang ditawarkan tersebut. Namun begitu, sesiapa yang berminat untuk membeli baju tersebut boleh terus hubungi managernya, Hillmie Mallique atau Direct Massage terus ke Azzam Sham di twitter. Baju tersebut dijual dengan harga RM60 sehelai.

Black and Silver

Red and White

Pada 23 April 2015, MV Cinta Sejatiku yang sekian lama dinantikan oleh peminat telah dimuat naik di Youtube dengan menampilkan Azzam Sham dan Tya Faditya sebagai watak utama. Memang tidak dinafikan lagi bahawa Azzam mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan selain bidang nyanyian dan pengacaraan. MV Cinta Sejatiku ini menerima maklum balas yang positif daripada para peminat malahan jumlah bilangan penonton juga semakin meningkat.

Azzam Sham dan Tya Faditya dalam MV Cinta Sejatiku
Azzam Sham bersama Tya Faditya (model Indonesia)

Berikut adalah MV Cinta Sejatiku – Azzam Sham :


Lirik Lagu Cinta Sejatiku – Azzam Sham. KLIK SINI

Sila Langgan CRT / RBT Cinta Sejatiku dengan cara di bawah :

Maxis: *131*448497# Press Call
Celcom: *888*238822# Press Call
DiGi: Type CT 0452666 SMS to 20000

Telkomsel: Ketik CSRBO SMS ke 1212
Indosat: Ketik MG 53064593 SMS ke 808
XL: Ketik 24301291 kirim ke 808

Anda boleh download lagu Cinta Sejatiku di Deezer, itunes, Guvera, Spotify dan lain2.

Admin berharap agar Azzam Sham terus maju dalam industri muzik dan Lagu Cinta Sejatiku terus popular dikalangan pendengar radio. Terima kasih sebab sudi baca.

- Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan Azzam Sham yang terkini-

1 comment:

  1. assalammualaikum kaq.. :) akq, maaf nk tnya,,, mcm mn nk buat template blogger lawa2 :) boleh ajarkn tk,,,

    ReplyDelete