Saturday, 31 May 2014

Profil Azzam Sham !

Gambar Azzam Sham

Nama  Muhammad Azzammuddin B. Lop Hisham
Nama Samaran Azzam Sham
Adik Beradik Anak Sulung daripada 6 adik beradik
Tarikh Lahir 29 Jun 1997 
Tempat Lahir Hospital Universiti PPUM
Umur 18 tahun (2015)
Keturunan  Melayu
Agama Islam
Tinggi 167 cm
Berat 47 kg
Sekolah SMK Sungai Besi, Kuala Lumpur
Bakat Menyanyi, Berlakon, Mengacara
Falsafah Hidup Menjadi Yang Terbaik Di Antara Yang Terbaik

Pendorong 
Ayah Lop Hisham Piai
Ibu Yusnita Yusop

 Pencapaian
  1. Pemenang Naib Juara ‘Idola Kecil Musim 2’ TV9 (2009) 
  2. Tercalon Dalam Anugerah Sri Angkasa TV2 (Kategori Pelakon Kanak-kanak Terbaik) 2012
  3. Pemenang ‘Best Male Kids Singer Award (Dalam My Kids Awards TV3) 2011
  4. Telah Merakam Album Salam Aidilfitri ‘Dari Idola’ 
  5. Single Album Kumpulan The Beesings 2012
  6. Mengacara Selamat Pagi Sayang RTM2
  7. Mengacara Adik Di 9 2010
  8. Pengacara CutiPedia- ASTRO
  9. Pelakon Dalam Epilog Syurga Cinta
  10. Pelakon Dalam Buih-buih Cinta TV3
  11. Pelakon Dalam Idola Kecil Balik Kampung TV9 (Tercalon Dalam Anugerah Sri Angkasa 2010)
  12. Slot Akasia TV3- Atas Nama Cinta 2012
  13. Naib Juara Idola Kecil Ultra 2014
  14. Penerima Anugerah Idola Ultra Paling Popular 2014
  15. Single Album terbaru iaitu Dengar (2014), Damaikan Rusuh hati (2014), Cinta Sejatiku (2015)

Azzam Sham sudah lebih 3 tahun melibatkan diri dalam dunia seni. Azzam pernah menjadi hos siri Adik di 9. Dia petah berbicara dan manis menyusun ayat. Sememangnya kualiti itu yang diperlukan apabila berhadapan dengan audien lalu menerbitkan aura tersendiri.
          "Penglibatan saya dalam dunia seni ini bermula ketika saya berumur 10 tahun dengan memasuki pertandingan karoake di sekolah. Setelah mendapat tempat pertama saya mula mengembangkan bakat dengan memasuki pertandingan nyanyian Program Pencarian Idola Kecil dan saya menang sebagai Naib Juara. Sejak itu saya mula diterima oleh penerbit televisyen menjadi pengacara, pelakon, dan penyanyi," kata Azzam yang mewarisi bakat seni daripada ayahnya yang merupakan ahli pancaragam PDRM.
          Bagi Azzam, "Menjadi selebriti banyak mempengaruhi hidup saya agar menjadi insan yang lebih matang, terutamanya menempuh cabaran bersaing dengan remaja yang berbakat dalam bidang seni, untuk itu saya harus lebih terserlah."
          "Berada dalam dunia seni mengajar saya erti persahabatan. Siapa sangka sahabat yang dianggap kawan selama ini menjadi lawan apabila dikenali," jelasnya.
          "Walaupun begitu, saya tidak pernah menyesal berada dalam bidang ini, saya sangat bersyukur kerana Allah memberi bakat. Nasihat ayah sentiasa menjadi pedoman agar tidak melupakan Yang Maha Esa, ibu ayah dan peminat, kerana tanpa mereka tiadalah saya di sini," kata Azzam yang lebih cenderung ke arah bidang nyanyian daripada berlakon.
          "Menjadi yang terbaik di antara yang terbaik", ujar Azzam apabila ditanya tentang falsafah hidupnya. Untuk itu, dia berusaha sebaik mungkin untuk maju dalam bidang yang diceburinya dan mahu bakat yang ada lebih berkembang dan dapat diterima oleh orang ramai. Dalam bidang nyanyian pula Azzam pernah menganggotai kumpulan The BeeSings, yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan remaja seusianya.
          Sebagai perancangan masa hadapan, Azzam berhasrat untuk membuat album single dan menjadi guru vokal dan penghibur yang berilmu. Oleh itu, dia tidak pernah mengetepikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar, buktinya semasa peperiksaan PMR yang lalu Azzam mendapat keputusan yang memberangsangkan iaitu 4A4B.


- Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan Azzam Sham yang terkini.. Terima kasih.. -

2 comments:

  1. salam kak ,kak sek sama ngan abg azzam ker?saya nak tanya ni ,waktu abg azzam masuk ik 2 dia umur berapa?kak dayana umur berapa sekarang?sy baru 12 thn..kak tlg cakap kat abg azzam saya minat sangat dia punya lagu yang tajuk kekasihku tu:) please>>>...>......yasmin...

    ReplyDelete
  2. akak... saya minat sangat dekat azzam sham.. masa lagu cinta sejatiku keluar saya terus download... tolong kirim salam saya dekat dia ya :) -Atiqah

    ReplyDelete