![]() |
Penyanyi Azzam Sham |
Siapa Azzam Sham? Jom baca
Profil Azzam Sham, KLIK SINI
Bakat Azzam Sham dalam bidang nyanyian telah
menarik minat komposer dan penerbit Hadi Rumnan untuk menerbitkan single
pertama beliau. Lagu tersebut juga mendapat sentuhan lirik daripada penulis
lirik yang memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 29 melalui lagu Di Pintu
Syurga iaitu Iman Imran yang berjudul ‘Cinta Sejatiku’. Proses rakaman lagu
tersebut dijalankan di Studio 57 Sdn Bhd Selangor dan proses rakaman vokal di
ArtSound Studio, Jakarta Indonesia. Sebagai penerbit, Hadi Rumnan berharap lagu
ini dapat menarik hati pendengar muzik tanah air kerana muzik dan liriknya yang
ringkas dan mudah untuk difahami dan diingati. Lagu tersebut juga akan
dilancarkan di Indonesia atas kerjasama komposer lagu tersebut, Hadi Rumnan
dengan syarikat rakaman di Indonesia.
Berikut adalah disebalik
tabir pembikinan MV Cinta Sejatiku di Jakarta, Indonesia :
Lagu Cinta Sejatiku ini
telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peminat
terutamanya dalam kalangan remaja seusianya. Hal ini dibuktikan melalui
fenomena dimana Laman Twitter Bestfm dibanjiri dengan tweet rekues lagu Cinta
Sejatiku oleh para peminat Azzam Sham. KLIK SINI . Setakat ini lagu Cinta Sejatiku telah berjaya diputarkan di dua buah stesen radio iaitu Bestfm dan Hotfm. Rekues lagu boleh dibuat dimana mana stesen radio di twitter seperti Erafm,
Suriafm, THR Gegar, Mutiarafm, Ultranisme, im4ufm, PiMaifm dan lain2.
Azzam pernah dijemput ke
konti Hotfm Zon bersama Ikhwan dan baru-baru ini beliau tampil dalam beberapa
rancangan TV iaitu “Wanita Hari Ini” dan “HipTV” bagi mempromosikan lagu Cinta
Sejatiku. Beliau juga muncul dalam kebanyakan halaman keratan akhbar tempatan dan
majalah sejak belakangan ini. Vokal Azzam yang mantap dan suaranya yang merdu
memang tidak dapat disangkal lagi. Lagu Cinta Sejatiku ini saban hari semakin
mendapat tempat dihati peminat.
![]() |
Azzam Sham bersama Ikhwan Hotfm |
![]() |
Azzam Sham di Wanita Hari Ini |
![]() |
Azzam Sham di HipTV |
![]() |
Majalah URTV |
![]() |
Akhbar Metro Ahad |
![]() |
Akhbar Mingguan Malaysia |
![]() |
Akhbar Harian Metro |
Beliau juga telah mengadakan pelbagai peraduan untuk peminat-peminatnya. Para pemenang akan diberikan baju yang tertulis “Azzam Sham Cinta Sejatiku” secara percuma. Mereka juga tidak melepaskan peluang dan bersaing untuk memiliki hadiah yang ditawarkan tersebut. Namun begitu, sesiapa yang berminat untuk membeli baju tersebut boleh terus hubungi managernya, Hillmie Mallique atau Direct Massage terus ke Azzam Sham di twitter. Baju tersebut dijual dengan harga RM60 sehelai.
![]() |
Black and Silver |
![]() |
Red and White |
Pada 23 April 2015, MV
Cinta Sejatiku yang sekian lama dinantikan oleh peminat telah dimuat naik di
Youtube dengan menampilkan Azzam Sham dan Tya Faditya sebagai watak utama. Memang
tidak dinafikan lagi bahawa Azzam mempunyai bakat yang besar dalam bidang
lakonan selain bidang nyanyian dan pengacaraan. MV Cinta Sejatiku ini menerima
maklum balas yang positif daripada para peminat malahan jumlah bilangan
penonton juga semakin meningkat.
![]() |
Azzam Sham dan Tya Faditya dalam MV Cinta Sejatiku |
![]() |
Azzam Sham bersama Tya Faditya (model Indonesia) |
Berikut adalah MV Cinta Sejatiku
– Azzam Sham :
Lirik Lagu Cinta Sejatiku –
Azzam Sham. KLIK SINI
Sila Langgan CRT / RBT Cinta Sejatiku dengan cara di bawah :
Maxis: *131*448497# Press Call
Celcom: *888*238822# Press Call
DiGi: Type CT 0452666 SMS to 20000
Telkomsel: Ketik CSRBO SMS ke 1212
Indosat: Ketik MG 53064593 SMS ke 808
XL: Ketik 24301291 kirim ke 808
Anda boleh download lagu Cinta Sejatiku di Deezer, itunes, Guvera, Spotify dan lain2.
Admin berharap agar Azzam
Sham terus maju dalam industri muzik dan Lagu Cinta Sejatiku terus popular
dikalangan pendengar radio. Terima kasih sebab sudi baca.
- Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan Azzam Sham yang terkini-
- Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan Azzam Sham yang terkini-