Friday, 8 May 2015

Let's talk about Cinta Sejatiku by Azzam Sham!

Penyanyi Azzam Sham

Siapa Azzam Sham? Jom baca Profil Azzam Sham, KLIK SINI

Bakat Azzam Sham dalam bidang nyanyian telah menarik minat komposer dan penerbit Hadi Rumnan untuk menerbitkan single pertama beliau. Lagu tersebut juga mendapat sentuhan lirik daripada penulis lirik yang memenangi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 29 melalui lagu Di Pintu Syurga iaitu Iman Imran yang berjudul ‘Cinta Sejatiku’. Proses rakaman lagu tersebut dijalankan di Studio 57 Sdn Bhd Selangor dan proses rakaman vokal di ArtSound Studio, Jakarta Indonesia. Sebagai penerbit, Hadi Rumnan berharap lagu ini dapat menarik hati pendengar muzik tanah air kerana muzik dan liriknya yang ringkas dan mudah untuk difahami dan diingati. Lagu tersebut juga akan dilancarkan di Indonesia atas kerjasama komposer lagu tersebut, Hadi Rumnan dengan syarikat rakaman di Indonesia.


Berikut adalah disebalik tabir pembikinan MV Cinta Sejatiku di Jakarta, Indonesia :


Lagu Cinta Sejatiku ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peminat terutamanya dalam kalangan remaja seusianya. Hal ini dibuktikan melalui fenomena dimana Laman Twitter Bestfm dibanjiri dengan tweet rekues lagu Cinta Sejatiku oleh para peminat Azzam Sham. KLIK SINI . Setakat ini lagu Cinta Sejatiku telah berjaya diputarkan di  dua buah stesen radio iaitu Bestfm dan Hotfm. Rekues lagu boleh dibuat dimana mana stesen radio di twitter seperti Erafm, Suriafm, THR Gegar, Mutiarafm, Ultranisme, im4ufm, PiMaifm dan lain2.

Azzam pernah dijemput ke konti Hotfm Zon bersama Ikhwan dan baru-baru ini beliau tampil dalam beberapa rancangan TV iaitu “Wanita Hari Ini” dan “HipTV” bagi mempromosikan lagu Cinta Sejatiku. Beliau juga muncul dalam kebanyakan halaman keratan akhbar tempatan dan majalah sejak belakangan ini. Vokal Azzam yang mantap dan suaranya yang merdu memang tidak dapat disangkal lagi. Lagu Cinta Sejatiku ini saban hari semakin mendapat tempat dihati peminat.

Azzam Sham bersama Ikhwan Hotfm

Azzam Sham di Wanita Hari Ini

Azzam Sham di HipTV
Majalah URTV

Akhbar Metro Ahad

Akhbar Mingguan Malaysia

Akhbar Harian Metro

Beliau juga telah mengadakan pelbagai peraduan untuk peminat-peminatnya. Para pemenang akan diberikan baju yang tertulis “Azzam Sham Cinta Sejatiku” secara percuma. Mereka juga tidak melepaskan peluang dan bersaing untuk memiliki hadiah yang ditawarkan tersebut. Namun begitu, sesiapa yang berminat untuk membeli baju tersebut boleh terus hubungi managernya, Hillmie Mallique atau Direct Massage terus ke Azzam Sham di twitter. Baju tersebut dijual dengan harga RM60 sehelai.

Black and Silver

Red and White

Pada 23 April 2015, MV Cinta Sejatiku yang sekian lama dinantikan oleh peminat telah dimuat naik di Youtube dengan menampilkan Azzam Sham dan Tya Faditya sebagai watak utama. Memang tidak dinafikan lagi bahawa Azzam mempunyai bakat yang besar dalam bidang lakonan selain bidang nyanyian dan pengacaraan. MV Cinta Sejatiku ini menerima maklum balas yang positif daripada para peminat malahan jumlah bilangan penonton juga semakin meningkat.

Azzam Sham dan Tya Faditya dalam MV Cinta Sejatiku
Azzam Sham bersama Tya Faditya (model Indonesia)

Berikut adalah MV Cinta Sejatiku – Azzam Sham :


Lirik Lagu Cinta Sejatiku – Azzam Sham. KLIK SINI

Sila Langgan CRT / RBT Cinta Sejatiku dengan cara di bawah :

Maxis: *131*448497# Press Call
Celcom: *888*238822# Press Call
DiGi: Type CT 0452666 SMS to 20000

Telkomsel: Ketik CSRBO SMS ke 1212
Indosat: Ketik MG 53064593 SMS ke 808
XL: Ketik 24301291 kirim ke 808

Anda boleh download lagu Cinta Sejatiku di Deezer, itunes, Guvera, Spotify dan lain2.

Admin berharap agar Azzam Sham terus maju dalam industri muzik dan Lagu Cinta Sejatiku terus popular dikalangan pendengar radio. Terima kasih sebab sudi baca.

- Entri ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan Azzam Sham yang terkini-

Wednesday, 6 May 2015

Lirik Lagu Cinta Sejatiku - Azzam Sham

Song: Hadi Rumnan 
Lyric: Iman Imran

Verse 1:
Mengapa ini terjadi
Tanpa ungkapan selamat tinggal
Engkau pergi tinggal ku sendiri
Menagih cinta kau bawa lari
Verse 2:
Harusnya kita bahagia
Nikmati saat indah bersama
Hati saling cinta mencintai
Janji takkan ada benci
Chorus:
Tapi mengapa cinta sejatiku menjauh pergi
Tinggalku setengah mati
Jangan kau bunuh cinta sejatiku duhai kekasih
Jiwaku sepi sendiri
Back to verse 2
Back to Chorus
Kembalilah kekasih
Semaikan cinta kembali
Kerana ku tak sanggup hidup sendiri
Tanpa dirimu di sisi


Sila langgan CRT / RBT Cinta Sejatiku dengan cara di bawah:

Maxis: *131*448497# Press Call
Celcom: *888*238822# Press Call
DiGi: Type CT 0452666 SMS to 20000

Telkomsel: Ketik CSRBO SMS ke 1212
Indosat: Ketik MG 53064593 SMS ke 808
XL: Ketik 24301291 kirim ke 808

Monday, 2 March 2015

Tips : Contoh Jadual Belajar dan Cowndown SPM/PT3/UPSR

Hye adik2.. Hari ni Kak Syaza nak tunjuk sikit antara contoh buat jadual belajar yang simple terutamanya untuk adik2 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Bukan itu sahaja, adik2 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR dan PT3 juga boleh memanfaatkannya. Akak juga pernah menempuhi alam persekolahan seperti adik2 dan telah menghadapi masalah yang sama dalam membuat jadual belajar. Akak tak lah pandai mana dalam hal ni. At least dapat bagi sedikit guide untuk adik2 di luar sana. Selain itu, akak akan sertakan sekali dengan contoh coundown untuk SPM/PT3/UPSR.. 

1. Contoh jadual belajar

Minggu pertama --> Subjek Sains
Minggu Kedua --> Subjek Teras

Abaikan kualiti pada gambar. Klik pada gambar untuk zoom

2. Contoh Coundown

Abaikan kualiti pada gambar. Klik pada gambar untuk zoom


Tak payah ikut bulat2 macam dalam gambar pun takpa. Korang boleh adjust mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Korang boleh hias dengan kata2 mutiara dan pembakar semangat mengikut krativiti korang sendiri. Maaf kalau ada kekurangan. Niat hanya untuk berkongsi. All the best! 

Thursday, 26 February 2015

Pengalaman : Menghadiri Kursus Memandu 6 jam

Assalamualaikum.. Hai.. Dah lama aku tak update blog. Yelah.. Busy sikit sejak akhir2 ni. hee.. Entri kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku semasa menghadiri Kursus Memandu Kereta. Yang mana baru nak hadiri kursus tu mesti tertanya2. Macam mana agaknya suasana kat sana? Haa kat sini aku share sikit. At least dapat lah bagi pembayang sikit kat korang. Hahaha..

Aku ambik kursus memandu tu kat Sekolah Memandu Abdullah, Jalan Lunas Kelang Lama, Kulim Kedah. Tapi sebelum tu meh aku nak bagi tahu. Sebenarnya ada beberapa peraturan pakaian yang perlu korang patuhi semasa menghadiri kursus. Korang mesti kena ikut tau. Mana boleh senang2 je korang decide nak pakai apa. Hish.. takboleh2. Haha.. Ni untuk kaum wanita sahaja.
  1.       Pakai kasut penuh atau bersarung. Pastikan kasut tersebut tak bertumit..  Pakai baju berlengan pendek atau berlengan panjang. Pastikan baju tersebut bersesuaian, kemas dan tidak menjolok mata. Kalau boleh pakai t-shirt je pun ok...  Bagi kaum wanita yang ingin berkain mestilah labuh dan menutupi paras lutut.
  2.        Bagi kaum wanita yang ingin berseluar mestilah panjang hingga tapak kaki. Kalau sekolah memandu kat sini diorang bagi pakai seluar jean pun takpa asalkan tak ketat. Tapi kalau kat tempat lain tak tau lah pulak. Hehe.
  3.       Aksesori yang keterlaluan seperti topi dan lain2 tidak dibenarkan. Kalau boleh tak payah pakai mana2 aksesori lagi bagus. Korang takkan ada masa nak tunjuk fesyen show atau catwalk pun kat situ. Hahaha.. 

Itulah antara peraturan2 yang korang kena ikut. Korang nak ke kena tegur dengan penceramah depan2 orang ramai? Tak nak kan? Actually ada sorang budak ni dia pakai selipar. Mungkin dia tak tahu or terlupa yang dia sepatutnya kena pakai kasut bersarung. Last dia kena tegur dengan penceramah tu. Tapi nasib baik penceramah tu cakap berlapik. Takda lah malu sangat. Kesian diaa.. huhu..

Haa korang jangan pulak lupa bawak buku nota dan pen or pensil.. Buku nota kecik pun cukup lah supaya korang dapat catat apa2 yang penting semasa kursus tu. And the most important thing is jangan lupa bawak Kad Pengenalan! Set dalam mind awal2 sebelum nak pergi. Kalau tanpa KP mungkin susah sikit lah. Sebab sebelum nak masuk kursus dan masa nak balik dia akan mintak KP.

Sesampai sahaja kat sekolah memandu, aku telah diberikan Buku Teks Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Kelas D Manual.. Inilah buku teks yang aku maksudkan tu.. Boleh tahan tebal dia, kan? Macam buku Biologi.. huhu..



Lepastu aku berurusan dengan kaunter. Diorang mintak KP dan cop jari. Bila dah habis selesai urusan kat kaunter, aku pun masuk lah bilik kursus yang berhawa dingin tu. kehkehkeh. Aku pilih tempat duduk barisan yg ketiga. Aku sengaja pilih tempat duduk kat situ sebab jauh sikit daripada air-cond. Aku ni bukannya boleh duduk ditala air-cond lama2, nanti mulalah tak duduk diam. Ceramah tu pulak berlangsung selama 6 jam. Nanti keluar masuk tandas banyak kali. Hahaha..  Paham2 jelah..

Penceramah tu pun awal2 dah bagi warning, dia tak suka calon2 keluar masuk bilik kursus tu. Cuma kalau dah emergency sgt, dia bagi lah keluar. Hee.. Tapi serius memang bilik tu sejuk kot. Aku pun apa lagi, rasa macam nak tidur pun ada. Tapi aku tak tidur lah. Haha.. Aku just sempat lelap mata 10 minit pada waktu rehat je. Hee.. Haa kalau boleh ringan lah sikit mulut tu nak bersembang dengan orang lain. Masa kat sana, aku dapat sorang kawan yang baik.. Dia duduk sebelah aku time tu. hehe.. Nama dia Shazleen. Orangnya cute gituw..

Ceramah tu bermula kira2 10 pagi.. Sepanjang kursus ni berlangsung, kitaorang diberi rehat 2 kali sehari. Kat sini ada kantin. Time rehat memang penuh lah jawabnya kantin tu. Aku pulak malas nak pergi beli. Mengada betul.. Kau tahan lah lapar sampai balik! Padan muka.. hahaha.. So, aku sarankan korang bawak roti bun pun cukuplah untuk lapik perut or malas nak pergi beli macam aku ni huhu.. Dah kira2 petang, kitaorang diganti dengan penceramah lain. Penceramah yang kedua ni serius sporting gilaa. Sambil dia bagi ceramah, sambil tu dia buat lawak. Tak lah boring, kan? Kitaorang apa lagi ketawa sakan lah. Aku gelak gila sampai tak ingat orang sebelah, depan, belakang. Tapi aku gelak sopan lah macam wanita ayu. Puihh.. hahaha.. Tapi memang best lah. Sampai tak sedar dah tiba masanya untuk kitaorang balik. Rasa macam nak dengar lagi. Haha..

Masa nak balik tu kitaorang kena cop jari sekali lagi kat kaunter. Memang wajib buat. Kalau korang tak buat, nanti korang kena hadiri kursus tu sekali lagi. Korang nak ke? Sementara nak tunggu aunty tu hantar kitaorang balik, aku pun saja tengok suasana kat luar. Pergh aku excited gila. Mana taknya. Tengok senior2 tengah belajar memandu. Aku rasa macam tak sabar nak ambik lesen and drive kereta. Berangan lah konon.. Sedangkan baru habis kursus. Hahaha.. Then, kira2 dalam pukul 5 lebih, aku pun sampai lah rumahku syurgaku.. hehehe..

Lagi satu, kalau boleh korang beli lah buku macam kat bawah ni. Harga asal dia RM15 di Semenanjung Malaysia dan RM18 di Sabah dan Sarawak. Tapi kat sekolah memandu ni dia jual RM5 je. Ada 500 soalan disertakan sekali dengan jawapan. Senang untuk korang ulangkaji untuk ujian seterusnya seperti ujian undang-undang jalan raya (ujian berkomputer) .. Korang boleh beli di kaunter pada waktu rehat. Penceramah tu kata tak ada kat kedai buku lain selain kat sekolah memandu. Maybe ada jual, tapi susah nak dapat. So grab yours now! haha.. Macam main promote2 pulak dah..




Sekian saja lah cerita aku hari ni. Serba sedikit pengalaman semasa aku menghadiri kursus memandu 6 jam. Just nak share untuk siapa2 yg belum merasai pengalaman ni.. Lagi satu aku nak pesan, tidur lah awal sikit kalau dah tahu keesokkan harinya ada ceramah 6 jam. Nanti kat sana seolah olah macam ada pengangkut kat kelopak mata tu. Hahahaha.. Jangan jadi macam aku ni tau :p Jangan lupa tinggalkan komen. Hehe.. Thanks.. Okay semua, bye bye..