Assalamualaikum.. Hai.. Dah lama aku tak update blog.
Yelah.. Busy sikit sejak akhir2 ni. hee.. Entri kali ni aku nak citer pasal
pengalaman aku semasa menghadiri Kursus Memandu Kereta. Yang mana baru nak hadiri
kursus tu mesti tertanya2. Macam mana agaknya suasana kat sana? Haa kat sini
aku share sikit. At least dapat lah bagi pembayang sikit kat korang. Hahaha..
Aku ambik kursus memandu tu kat Sekolah Memandu
Abdullah, Jalan Lunas Kelang Lama, Kulim Kedah. Tapi sebelum tu meh aku nak
bagi tahu. Sebenarnya ada beberapa peraturan pakaian yang perlu korang patuhi
semasa menghadiri kursus. Korang mesti kena ikut tau. Mana boleh senang2 je
korang decide nak pakai apa. Hish.. takboleh2. Haha.. Ni untuk kaum wanita
sahaja.
- Pakai kasut penuh atau bersarung. Pastikan kasut tersebut tak bertumit.. Pakai baju berlengan pendek atau berlengan panjang. Pastikan baju tersebut bersesuaian, kemas dan tidak menjolok mata. Kalau boleh pakai t-shirt je pun ok... Bagi kaum wanita yang ingin berkain mestilah labuh dan menutupi paras lutut.
- Bagi kaum wanita yang ingin berseluar mestilah panjang hingga tapak kaki. Kalau sekolah memandu kat sini diorang bagi pakai seluar jean pun takpa asalkan tak ketat. Tapi kalau kat tempat lain tak tau lah pulak. Hehe.
- Aksesori yang keterlaluan seperti topi dan lain2 tidak dibenarkan. Kalau boleh tak payah pakai mana2 aksesori lagi bagus. Korang takkan ada masa nak tunjuk fesyen show atau catwalk pun kat situ. Hahaha..
Itulah antara peraturan2 yang korang kena ikut.
Korang nak ke kena tegur dengan penceramah depan2 orang ramai? Tak nak kan?
Actually ada sorang budak ni dia pakai selipar. Mungkin dia tak tahu or terlupa
yang dia sepatutnya kena pakai kasut bersarung. Last dia kena tegur dengan
penceramah tu. Tapi nasib baik penceramah tu cakap berlapik. Takda lah malu
sangat. Kesian diaa.. huhu..
Haa korang jangan pulak lupa bawak buku nota dan pen or pensil.. Buku nota kecik pun cukup lah supaya korang dapat catat apa2 yang penting semasa kursus tu. And the most important thing is jangan lupa bawak Kad Pengenalan! Set dalam mind awal2 sebelum nak pergi. Kalau tanpa KP mungkin susah sikit lah. Sebab sebelum nak masuk kursus dan masa nak balik dia akan mintak KP.
Sesampai sahaja kat sekolah memandu, aku telah
diberikan Buku Teks Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) Kelas D Manual.. Inilah
buku teks yang aku maksudkan tu.. Boleh tahan tebal dia, kan? Macam buku
Biologi.. huhu..
Lepastu aku berurusan dengan kaunter. Diorang mintak
KP dan cop jari. Bila dah habis selesai urusan kat kaunter, aku pun masuk lah
bilik kursus yang berhawa dingin tu. kehkehkeh. Aku pilih tempat duduk barisan
yg ketiga. Aku sengaja pilih tempat duduk kat situ sebab jauh sikit daripada
air-cond. Aku ni bukannya boleh duduk ditala air-cond lama2, nanti mulalah tak
duduk diam. Ceramah tu pulak berlangsung selama 6 jam. Nanti keluar masuk
tandas banyak kali. Hahaha.. Paham2
jelah..
Penceramah tu pun awal2 dah bagi warning, dia tak
suka calon2 keluar masuk bilik kursus tu. Cuma kalau dah emergency sgt, dia
bagi lah keluar. Hee.. Tapi serius memang bilik tu sejuk kot. Aku pun apa lagi,
rasa macam nak tidur pun ada. Tapi aku tak tidur lah. Haha.. Aku just sempat lelap
mata 10 minit pada waktu rehat je. Hee.. Haa kalau boleh ringan lah sikit mulut
tu nak bersembang dengan orang lain. Masa kat sana, aku dapat sorang kawan yang
baik.. Dia duduk sebelah aku time tu. hehe.. Nama dia Shazleen. Orangnya cute
gituw..
Ceramah tu bermula kira2 10 pagi.. Sepanjang kursus
ni berlangsung, kitaorang diberi rehat 2 kali sehari. Kat sini ada kantin. Time
rehat memang penuh lah jawabnya kantin tu. Aku pulak malas nak pergi beli. Mengada
betul.. Kau tahan lah lapar sampai balik! Padan muka.. hahaha.. So, aku
sarankan korang bawak roti bun pun cukuplah untuk lapik perut or malas nak
pergi beli macam aku ni huhu.. Dah kira2 petang, kitaorang diganti dengan
penceramah lain. Penceramah yang kedua ni serius sporting gilaa. Sambil dia
bagi ceramah, sambil tu dia buat lawak. Tak lah boring, kan? Kitaorang apa lagi
ketawa sakan lah. Aku gelak gila sampai tak ingat orang sebelah, depan,
belakang. Tapi aku gelak sopan lah macam wanita ayu. Puihh.. hahaha.. Tapi
memang best lah. Sampai tak sedar dah tiba masanya untuk kitaorang balik. Rasa
macam nak dengar lagi. Haha..
Masa nak balik tu kitaorang kena cop jari sekali
lagi kat kaunter. Memang wajib buat. Kalau korang tak buat, nanti korang kena
hadiri kursus tu sekali lagi. Korang nak ke? Sementara nak tunggu aunty tu
hantar kitaorang balik, aku pun saja tengok suasana kat luar. Pergh aku excited
gila. Mana taknya. Tengok senior2 tengah belajar memandu. Aku rasa macam tak
sabar nak ambik lesen and drive kereta. Berangan lah konon.. Sedangkan baru habis
kursus. Hahaha.. Then, kira2 dalam pukul 5 lebih, aku pun sampai lah rumahku
syurgaku.. hehehe..
Lagi satu, kalau boleh korang beli lah buku macam
kat bawah ni. Harga asal dia RM15 di Semenanjung Malaysia dan RM18 di Sabah dan
Sarawak. Tapi kat sekolah memandu ni dia jual RM5 je. Ada 500 soalan disertakan
sekali dengan jawapan. Senang untuk korang ulangkaji untuk ujian seterusnya
seperti ujian undang-undang jalan raya (ujian berkomputer) .. Korang boleh beli
di kaunter pada waktu rehat. Penceramah tu kata tak ada kat kedai buku lain
selain kat sekolah memandu. Maybe ada jual, tapi susah nak dapat. So grab yours
now! haha.. Macam main promote2 pulak dah..
Sekian saja lah cerita aku hari ni. Serba sedikit
pengalaman semasa aku menghadiri kursus memandu 6 jam. Just nak share untuk
siapa2 yg belum merasai pengalaman ni.. Lagi satu aku nak pesan, tidur lah awal
sikit kalau dah tahu keesokkan harinya ada ceramah 6 jam. Nanti kat sana seolah
olah macam ada pengangkut kat kelopak mata tu. Hahahaha.. Jangan jadi macam aku
ni tau :p Jangan lupa tinggalkan komen. Hehe.. Thanks.. Okay semua, bye bye..